Nottingham Forest sedia berbelanja besar

Nottingham Forest sedia berbelanja besar

ARNAUD Kalimuendo (kiri) dijangka menjalani ujian perubatan bersama Nottingham Forest pada hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nottingham Forest bersedia untuk membelanjakan 93.5 juta pound (RM534 juta) bagi tiga perpindahan berpotensi menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Forest membuat tawaran sebanyak 37.5 juta pound (RM211 juta) untuk pemain sayap Ipswich Town, Omari Hutchinson dan hampir melengkapkan perjanjian bernilai 26 juta pound (RM148 juta) untuk penyerang Rennes, Arnaud Kalimuendo.

Mereka juga sedang memuktamadkan butiran untuk pakej bernilai 30 juta pound (RM171 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Manchester City, James McAtee.

Kelab itu turut mengadakan rundingan dengan Juventus mengenai perpindahan secara pinjaman untuk pemain tengah, Douglas Luiz manakala mereka juga hampir bersetuju dengan kontrak baharu untuk Callum Hudson-Odoi.

Forest juga mendahului Brentford untuk mendapatkan Kalimuendo, pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu yang dijangka menjalani ujian perubatan pada hari ini.

McAtee akan menelan belanja 22 juta pound (RM125 juta) tambahan 8 juta pound (RM45 juta) dengan klausa pembelian semula dan jualan semula turut dimasukkan untuk Manchester City.

Setakat ini, Forest mempunyai jendela perpindahan yang agak tenang dari segi pembelian pemain baharu tetapi berjaya mengekalkan pemain tengah mereka, Morgan Gibbs-White di City Ground selepas dia secara dramatik menarik balik hasrat untuk berpindah dengan menandatangani kontrak baharu pada Jun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN