Nazmi, rakan pasukan bersedia bertugas di Piala Dunia B-20

Nazmi, rakan pasukan bersedia bertugas di Piala Dunia B-20

Muhammad Nazmi Nasaruddin akan mengetuai pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia Bawah 20 (B-20) tahun yang dijadualkan berlangsung di Chile bermula 21 September hingga 10 Oktober depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan pengadil Malaysia yang diberikan tanggungjawab untuk bertugas di Piala Dunia Bawah 20 (B-20) tahun yang dijadualkan berlangsung di Chile bermula 21 September hingga 10 Oktober telah bersiap sedia.

Muhammad Nazmi Nasaruddin yang menjadi pengadil tengah akan dibantu oleh dua lagi rakan senegara iaitu Muhammad Zairul Khalil Tan dan Mohamad Mu’azi Zainal Abidin, disenaraikan sebagai penolong pengadil.

Nazmi yang turut disenaraikan FIFA sebagai calon bagi Piala Dunia 2026 mengakui dia serta rakan sepasukannya telah bersedia untuk bertugas di kejohanan berprestij tersebut.

Jelasnya, mereka telah membuat persiapan dan mengkaji keadaan cuaca di kawasan kejohanan yang bakal berlangsung bulan depan.

“Syukur alhamdulillah. Kami satu pasukan telah berjaya terpilih untuk bertugas sebagai pengadil di Piala Dunia bawah 20 (B-20) di Chile. 

“Untuk persiapan buat masa sekarang kami sudah diberikan latihan-latihan daripada sesi di dalam padang dan di luar padang termasuk sekali dengan undang-undang terkini tentang ‘law of the game’ dengan apa yang FIFA mahukan adalah yang paling penting.

“Buat masa sekarang kami telah mendapat sedikit info daripada FIFA yang mengatakan perlawanan dan kejuaraan itu akan diadakan di Santiago. Apa yang saya dan pasukan telah kaji, Santiago tu adalah satu negeri yang berattitude tinggi. Jadi kita sudah buat persiapan rapi untuk semua ini,” katanya.

Untuk rekod, Nazmi antara calon utama untuk dipertimbangkan sebagai pengadil di Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Nazmi juga telah mencatat sejarah dalam negara apabila menjadi pengadil Malaysia pertama yang mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) yang menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil.

Kejohanan di Chile ini, dilihat sebagai platform buat Nazmi menonjolkan kewibawaan dan prestasinya bagi membuka peluang lebih cerah untuk mencipta sejarah sebagai pengadil utama pertama dari Malaysia di Piala Dunia. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN