Selangor peroleh hasil 2025 cecah RM3 bilion

Selangor peroleh hasil 2025 cecah RM3 bilion

Rumah ibadah tak sah
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor memperoleh kutipan hasil mencecah RM3 bilion menjelang akhir tahun 2025, hari ini sekali gus menjadikan perolehan tersebut sebagai tertinggi dalam sejarah negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia merupakan suatu berita gembira pada hari terakhir 2025 daripada kerajaan negeri.

“Jumlah itu merupakan tertinggi dalam sejarah Selangor. Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Insya-Allah, kita akan bekerja lebih kuat agar Selangor maju lebih hebat di tahun 2026,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Pada 10 Disember lalu, Selangor dilapor mencatat kutipan hasil melebihi RM2.7 bilion, melepasi sasaran bagi tahun ini iaitu sebanyak RM2.3 bilion.

Amirudin ketika itu memaklumkan prestasi cemerlang itu didorong oleh hasil kerja tersusun yang digerakkan oleh segenap lapisan kakitangan awam di peringkat negeri.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2026 pada November lalu, beliau memaklumkan jumlah kutipan hasil negeri mencecah RM2.49 bilion setakat 13 November lalu, peningkatan lebih 106 peratus berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN