Muay Thai, Petanque dan Silambam warnai Sukma 2026

Muay Thai, Petanque dan Silambam warnai Sukma 2026

ACARA Muay Thai dimasukkan antara acara pilihan yang bakal memanaskan gelanggang Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 selepas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA semalam sebulat suara meluluskan kemasukan sukan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga sukan baharu bakal memanaskan gelanggang Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 selepas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA semalam sebulat suara meluluskan kemasukan Muaythai, Petanque dan Silambam sebagai acara pilihan.

Cadangan tersebut dibawa Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA XXII 2026, Mohd Najwan Halimi, sebelum dipersetujui tanpa bantahan oleh semua ahli mesyuarat.

Dengan penambahan itu, SUKMA Selangor 2026 akan mempertandingkan 30 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan, sekali gus mengunci senarai akhir acara apabila Jawatankuasa Tertinggi memutuskan tiada lagi cadangan atau rayuan baharu akan diterima.

Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Exco Sukan negeri serta Pengerusi Majlis Sukan Negeri seluruh negara.

Temasya yang bakal berlangsung 15 hingga 24 Ogos 2026 itu akan dianjurkan di sembilan daerah di seluruh Selangor.

Sementara itu, Hannah memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menilai penganjuran ‘Non-SUKMA Games’ bagi sukan yang tidak terpilih, selain merangka model baharu SUKMA selepas edisi Kelantan 2028 bagi memastikan pembangunan atlet terus berkesinambungan tanpa membebankan kewangan kerajaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN