MSDeaf bidik 3 emas di Jepun

MSDeaf bidik 3 emas di Jepun

DR. Ong Shin Ruen ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus ketibaan kontinjen negara, hari ini.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) meletakkan sasaran meraih sekurang-kurangnya tiga pingat emas pada temasya Deaflympics 2025 di Tokyo, Jepun yang bakal berlangsung November ini.

Presidennya, Dr. Ong Shin Ruenn berkata, sasaran tersebut dianggap realistik selepas kontinjen negara menamatkan cabaran Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta semalam dengan muncul juara keseluruhan.

“Pada Deaflympics lalu kita bawa pulang dua emas daripada badminton dan boling.

“Kali ini kita mahu tambah satu lagi, dan harapan besar disandarkan kepada acara olahraga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus ketibaan kontinjen negara, hari ini.

Malaysia mengungguli Sukan SEA Pekak dengan kutipan 25 emas, 16 perak dan 11 gangsa dan daripada jumlah itu, 10 emas disumbangkan melalui acara olahraga, lapan daripada boling, lima catur dan dua menerusi badminton.

Menurut Ong, tumpuan kini diberikan kepada persiapan rapi atlet menghadapi cabaran di Tokyo selain menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan Jepun bagi memastikan kelancaran urusan kontinjen negara sepanjang kejohanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN