Aiskrim Boleh dibalikkan pertama di Malaysia dengan perancangan luaskan sehingga 600 cawangan seluruh negara
KUALA LUMPUR: MOMOYO, jenama minuman teh yang inovatif, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini melancarkan YoFlip BATIK Edisi Terhad Hari Kebangsaan aiskrim boleh dibalikkan pertama di Malaysia bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68.
Dengan rekaan cawan boleh dibalikkan yang unik, YoFlip boleh diterbalikkan tanpa tumpah malah memberikan kejutan menyeronokkan dalam setiap hidangan. Edisi BATIK menampilkan rekaan cawan istimewa yang diinspirasikan daripada warisan batik ikonik Malaysia, menggabungkan keseronokan, kelembutan berkrim dan kebanggaan budaya dalam satu sajian mudah alih.
“Kerjasama ini bukan sekadar aiskrim, ia tentang meraikan kreativiti Malaysia, warisan budaya serta semangat perpaduan dalam satu cawan yang boleh digenggam, dibalikkan dan dinikmati,” kata Alex Tan, Pengurus Besar MOMOYO Malaysia.
Majlis pelancaran ini menarik minat ramai pecinta makanan, dengan para tetamu menyertai demonstrasi “flip” secara langsung serta berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Hashtag #MOMOYOYoFlip dan #MOMOYO dengan lajunya trending di seluruh negara sehingga menjadikan YoFlip antara aiskrim paling hangat diperkatakan musim ini.
Sasaran Pengembangan Agresif: 600 Cawangan Seluruh Negara
MOMOYO, yang membawa maksud More and More Young telah berkembang pesat dengan lebih daripada 1,000 kedai di seluruh Asia. Kami berusaha keras mencipta jenama yang disukai oleh orang dewasa dan kanak-kanak dengan gaya penuh dopamin.
Produk utama kami ialah Real Food, Real Taste yang mencerminkan dedikasi penuh MOMOYO dalam mencipta fruit tea segar yang autentik manakala produk terlaris kami pula ialah Fruit Tea dan Ice Cream Series.
Siri produk kami juga termasuk Jumbo Series (Fruit tea & Milk Tea bersaiz 1 liter), Fresh Fruit Tea, Ice cream Series, Milk Tea Series serta produk kategori lain iaitu Coffee Series dan Fuji Smoothies.
Konsep perniagaan MOMOYO mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kami berusaha keras untuk mencipta teh buah segar, sambil memastikan kepelbagaian dan standard tinggi melalui penyelidikan dan inovasi berterusan, serta menjamin kualiti yang unggul dan nilai yang tinggi.
MOMOYO kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar MOMOYO dengan menawarkan peluang francais di seluruh Malaysia. Kami menyediakan sokongan dan latihan menyeluruh untuk memastikan kejayaan anda.
MOMOYO turut menyediakan latihan profesional operasi yang memenuhi standard. Latihan profesional yang diberikan adalah mengenai pengetahuan produk, penyediaan produk, meningkatkan operasi kedai dan sebagainya selain membantu pemasaran setempat dengan penyediaan perancangan pemasaran bahagian depan kedai serta pelaksanaan promosi.
Dengan kos permulaan yang mampu milik dan sokongan menyeluruh daripada MOMOYO, peluang ini membolehkan anda menikmati pulangan yang tinggi dalam industri makanan dan minuman yang berkembang pesat. – UTUSAN










