McLaren waspada kebangkitan Ferrari

McLaren waspada kebangkitan Ferrari

ANDREA STELLA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bos McLaren, Andrea Stella percaya Ferrari bakal menjadi ancaman terbesar dalam merebut kemenangan bagi separuh kedua musim ini berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pada beberapa perlumbaan baru-baru ini.

Saingan Formula Satu (F1) akan mengunjungi beberapa litar yang secara tradisinya dikuasai pasukan dari Itali itu dan Stella percaya Ferrari mampu bangkit untuk mencipta lebih banyak kejuaraan.

“Saya tidak terkejut (dengan prestasi Ferrari di Hungary) kerana Ferrari telah menunjukkan daya saing dalam beberapa perlumbaan kebelakangan ini.

“Mereka kompetitif dalam keadaan kering di Silverstone. Mereka juga kompetitif di Belgium tetapi entah bagaimana, perkara itu tidak benar-benar terserlah sepenuhnya.

“Saya rasa Ferrari akan menjadi pesaing untuk kemenangan bagi baki musim ini. Jika ada pun yang mengejutkan saya, ialah bagaimana perlumbaan berkembang pada bahagian akhir. Saya tak pasti sama ada ada masalah pada kereta (Charles) Leclerc.

“Tetapi yang pasti, bila kami berlumba dalam separuh kedua musim ini, kami perlu mengambil kira bahawa dalam kelayakan dan perlumbaan, kami akan perlu berdepan dengan Ferrari,” katanya.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen dan George Russell (Mercedes) kekal menjadi pelumba yang berjaya menewaskan McLaren pada musim ini di mana MCL39 jelas mempunyai kelebihan berbanding pasukan lain.

Namun, Stella menjangkakan kedua-dua pasukan tersebut akan terus menjadi cabaran utama kepada dominasi McLaren selepas cuti musim panas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN