Marquez buru kemenangan bukan rekod

Marquez buru kemenangan bukan rekod

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG: Pelumba Ducati, Marc Marquez menegaskan fokus utamanya ketika ini adalah mendapatkan kemenangan dan bukannya mengejar rekod apabila pendahulu kejuaraan MotoGP itu bersedia untuk menakluki Litar Red Bull Ring hujung minggu ini.

Litar di Austria itu merupakan salah satu daripada hanya empat litar di mana juara dunia lapan kali itu masih belum meraih kemenangan dalam kelas perdana, walaupun beberapa kali hampir menang ketika bersama Honda.

“Saya tewas tiga hingga empat kali kepada jentera merah! Sekarang saya yang menunggang jentera merah, jadi mari lihat sama ada kami boleh capainya.

“Sudah tentu, kami akan cuba berjuang untuk kemenangan itu. Tetapi pada akhirnya, matlamat utama adalah untuk kembali bersaing dalam kejuaraan dengan momentum yang sama seperti beberapa perlumbaan lepas. Itu bukan keutamaan utama,” katanya.

Marquez dan jentera Ducati GP25 telah menjuarai lapan daripada 12 grand prix (GP) setakat ini dan tiba di Red Bull Ring dengan rekod sepuluh kemenangan berturut-turut, termasuk dalam perlumbaan pecut.

Penguasaan Marquez memberikan dia kelebihan 120 mata ke atas adiknya, Alex Marquez iaitu pelumba Gresini yang berada di tempat kedua keseluruhan.

“Memulakan separuh kedua musim dengan kelebihan 120 mata, satu-satunya orang yang boleh kalah dalam kejuaraan ini adalah anda sendiri.

“Saya perlu mengawal diri dalam beberapa perlumbaan kerana anda tidak boleh menjadi yang terpantas dalam setiap sesi, setiap Latihan dan setiap perlumbaan. Tetapi mentaliti saya tetap sama, cuba lakukan yang terbaik setiap hujung minggu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN