Leipzig berminat dapatkan Elliott

Leipzig berminat dapatkan Elliott

HARVEY ELLIOTT - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: RB Leipzig dilaporkan memulakan perbincangan awal dengan Liverpool mengenai kemungkinan mendapatkan pemain tengah The Reds, Harvey Elliott.

Menurut laporan The Athletic, kelab Bundesliga itu menghubungi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut untuk membincangkan potensi perpindahan.

Kelab Jerman itu dilaporkan menyasarkan Elliott sebagai pengganti berpotensi kepada pemain antarabangsa Belanda, Xavi Simons.

Simons telah diketepikan daripada skuad RB Leipzig untuk perlawanan persahabatan pramusim hujung minggu lalu, di tengah-tengah spekulasi hangat mengenai masa depannya.

Pemain tengah itu dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea musim panas ini.

Elliott sebelum ini mengakui pada musim panas ini bahawa dia mungkin perlu mempertimbangkan masa depannya di kelab.

Ia berikutan Elliott hanya memulakan dua perlawanan liga selepas Liverpool mengesahkan kejuaraan liga mereka.

Ketibaan Florian Wirtz dilihat semakin menyukarkan peluangnya untuk mendapat minit permainan bersama pasukan utama.

Terdahulu, Elliott memberi bayangan mengenai hasratnya untuk musim panas ini apabila selepas mengakui dia tidak boleh terus menunggu dalam kerjayanya.

“Saya dan pasukan saya perlu berbincang kerana saya kini berumur 22 tahun dan akan mencecah 23 musim depan malah saya tidak mahu membazirkan tahun-tahun dalam kerjaya saya memandangkan ini adalah kerjaya yang singkat.

“Saya mahu terus berkembang dan menjadi versi terbaik diri saya dan pemain terbaik yang saya boleh jadi,” kata Elliott. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN