PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM59.9 juta bagi melaksanakan 114 projek pembangunan infrastruktur serta tiga program dan kajian khusus di kawasan Cheras bagi tahun ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan berkenaan merangkumi pelbagai inisiatif pembangunan bandar termasuk penyelenggaraan perumahan berstrata, naik taraf kemudahan bomba, pembinaan hentian bas dan laluan pejalan kaki berbumbung. “Lawatan ini mencerminkan iltizam KPKT untuk terus memacu…