ALOR SETAR: Kekanda kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah iaitu Datuk Seri Tunku Sakinah mangkat, awal pagi tadi. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Bakar Din berkata, Almarhumah yang berusia 95 tahun disahkan mangkat pada pukul 6.35 pagi di Villa Seri Tunku, di sini. “Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat Asar pada hari ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT…










