Kandungan biotoksin kupang menurun, namun masih tidak selamat dimakan

Kandungan biotoksin kupang menurun, namun masih tidak selamat dimakan

KAKITANGAN Pejabat Perikanan Negeri Sembilan ketika mengambil sampel kupang di perairan Pasir Panjang, Port Dickson baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Keputusan sampel ketiga kandungan biotoksin hasil kupang dan kerang-kerangan dari perairan daerah ini masih menurun, namun masih melebihi daripada paras selamat untuk dimakan.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, keputusan tidak rasmi berkenaan telah diperoleh dari makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur.

Menurutnya, daripada keputusan sampel menunjukan kadar kepekatan biotoksin telah menurun ke pasar bawah 800 per bilion (ppb).

“Bagaimanapun, mengikut prosedur operasi standard (SOP) kami, bacaan paras kepekatan biotoksin perlu sekurang-kurangnya dua kali bacaan di bawah paras 800 ppb sebelum kebenaran mengambilan, mengutip dan menuai dibenarkan semula.

“Ini bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Oleh itu sampel keempat akan diambil pada minggu depan,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang mengeluarkan hebahan larangan penjualan dan penuaian sumber kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson.

Larangan itu berikutan pengesanan fenomena yang dipercayai merupakan ledakan alga di perairan Pasir Panjang pada pukul 4.45 petang, 5 Ogos lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang me­ngeluarkan hebahan larangan penjualan dan penuaian sumber kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson berikutan pengesanan fenomena yang dipercayai merupakan ledakan alga.

Susulan keputusan sampel kupang yang diperoleh pada 6 dan 12 Ogos lalu, semua pengusaha dan penternak kupang melalui sistem pancang dan panggar kupang diminta menghentikan pengambilan, mengutip, mengeluar dan me­nuai kerang-kerangan dari perairan Port Dickson. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN