Macam menang final - Tuchel

Macam menang final – Tuchel

Thomas Tuchel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Pengurus England, Thomas Tuchel menyifatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Mexico di Staidum Azteca terasa seperti memenangi sebuah final apabila mereka mengharungi cabaran besar untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2026.

Mendahului permainan dengan dua gol Jude Bellingham dan sepakan penalti Harry Kane, The Three Lions berjaya mengatasi kesan bermain di altitud tinggi, sorakan padu penyokong tuan rumah serta bermain lebih 45 minit dengan 10 pemain.

“Saya rasa sebelum perlawanan, ia tidak pernah terasa seperti perlawanan pusingan 16 terbaik. Ia hampir terasa seperti kami memenangi final pada saat terakhir apabila pengadil membawa wisel ke mulutnya.

“40 atau 50 minit di altitud tinggi menentang negara tuan rumah, ini adalah saat kegembiraan. Satu persembahan yang menakjubkan dan keputusan yang cemerlang pada akhirnya.

“Saya sangat gembira untuk para pemain dan juga untuk diri saya sendiri, dapat menjadi sebahagian daripada ini dan mengalami pengalaman ini. Ia saat yang sangat istimewa untuk mengatasi segala cabaran,” kata Tuchel.

Namun, malam bersejarah itu tercemar oleh kecederaan yang dialami Jordan Henderson selepas terjatuh ke papan iklan semasa sambutan selepas perlawanan.

Bekas kapten Liverpool itu telah dibawa ke hospital akibat kecederaan pergelangan tangan yang mungkin menjejaskan penyertaannya dalam baki kejohanan.

“Saya letih dan penuh emosi. Jordan cedera pergelangan tangan, ia tidak sesuai dengan malam ini kerana Jordan tidak bersama kami.

“Saya tidak tahu prosedurnya, doktor memberitahu saya dia berada di hospital,” tambah Tuchel.

Kemenangan itu juga menguburkan kenangan pahit England daripada kekalahan kepada Argentina di Azteca dalam suku akhir Piala Dunia 40 tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN