Jun Hao buka langkah kanan

Jun Hao buka langkah kanan

Leong Jun Hao membalas pukulan kepada pemain Switzerland, Tobias Kuenzi semasa perlawanan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Adidas di Paris, Perancis, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan No. 1 negara, Leong Jun Hao memulakan kempen Kejohanan Badminton Dunia dengan penuh bergaya selepas menundukkan lawan mudah dari Switzerland, Tobias Kuenzi sebentar tadi.

Beraksi di Adidas Arena, pemain ranking ke-25 dunia itu hanya memerlukan 31 minit untuk mengetepikan cabaran pemain ranking ke-137 dunia dengan kemenangan straight set 21-14, 21-12.

Ianya dianggap permulaan manis buat Jun Hao yang melakukan penampilan sulung di pentas Kejohanan Dunia dengan keyakinan tinggi.

Namun ujian sebenar menantinya di pusingan kedua apabila dia bakal berdepan pilihan ke-14 kejohanan dari Jepun, Kenta Nishimoto.

Nishimoto yang memiliki pengalaman luas membuktikan taringnya apabila mudah menyingkirkan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei dengan keputusan 21-13, 21-12.

Sementara itu, kem Malaysia turut menerima khabar duka apabila perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei gagal melepasi pusingan pertama.

Bekas juara remaja dunia dua kali itu akur tunduk kepada kehebatan pemain China ranking ke-14 dunia, Gao Fang Jie dengan kekalahan 14-21, 9-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN