Isteri kedua tuntut harta sepencarian
SOALAN
Saya ada kemusykilan mengenai harta sepencarian sebagai isteri nombor dua. Bolehkah saya membuat tuntutan harta sepencarian bersama suami yang baru meninggal dunia?
Ramelah
Bruas, Perak.
JAWAPAN
Sekiranya terdapat sumbangan dalam kehidupan bersama suami, pihak anda boleh menuntutnya. Tuntutlah secara adil.
Qiamullail tidak mesti berniat malam
SOALAN
Adakah mereka yang berniat qiamullail perlu berniat pada malam hari sebelum tidur?
Jasmin
Ingin tahu
JAWAPAN
Tidak disyaratkan niat qiyamullail untuk buat tahajud. Cukup dengan sekadar tidur dan apabila bangun sudah membolehkan melakukan tahajud.
Pakai penutup kepala masa solat bukan wajib
SOALAN
Setakat mana beratnya kewajipan menutup kepala masa waktu solat bagi lelaki? Sebab saya bukan memakai kopiah sepanjang masa. Betulkah setakat sunat sahaja?
Quraisy
Pahang Darul Makmur
JAWAPAN
Tidak diwajibkan memakai kopiah ketika solat, sekiranya memakainya itu lebih baik.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]