KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengumumkan 41 calon untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) 29 November ini.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali mempertahankan kerusi DUN Lamag, manakala bekas ketua menteri, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said kembali mempertahankan kerusi Usukan.
Bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin pula mempertahankan kerusi Sukau.
Bekas menteri persekutuan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan diletakkan untuk mempertahankan kerusi Tempasuk yang dikuasai BN pada PRN16.
Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup bakal bertanding kerusi Sook.
Arthur yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Bagi kerusi Tanjung Keramat yang disandang Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya, BN meletakkan Ketua UMNO Putatan, Jeffrey Noor.
BN mencalonkan Samasudin Yusop untuk Tanjung Batu, yang disandang Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga Ahli Parlimen Kalabakan.
Shahelmey and Andi menang kerusi itu atas tiket BN, digantung keahlian mereka selepas tidak bersetuju usaha menjatuhkan kerajaan negeri dan kekal menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 2023.
Parti gabungan BN iaitu MCA pula diberikan satu kerusi iaitu Tanjung Kapor dengan mencalonkan Kevin Lee Sip Kin.
Bung Moktar membuat pengumuman nama calon BN itu di Bangunan UMNO Sabah petang tadi.
1. N.01 Banggi – Normah Rasik
2. N.02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi
3. N.03 Pitas – Datuk Bolkiah Ismail
4. N.04 Tanjung Kapur – Kevin Lee Sip Kin
5. N.08 Pintasan – Tadzul Bin Radim
6. N.09 Tempasuk – Dato’ Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
7. N.10 Usukan – Dato’ Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak
8. N.12 Sulaman – Dr Shahrin Rizal Thajuddin
9. N.14 Pantai Dalit – Alfian Sambas
10. N.16 Karambunai – Datuk Yakubah Khan
11. N.17 Darau – Arfiyan Afif
12. N.24 Tanjung Keramat – Jeffery Noor Mohamed
13. N.28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
14. N.29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
15. N.30 Bongawan – Datuk Mohamad Al-Amin
16. N.31 Membakut – Rusman Dulamit
17. N.32 Klias – Osin Jilon
18. N.33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Laka
19. N.34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
20. N.36 Kundasang – Japirin Sahadi
21. N.37 Karanaan – Nadzmin Kamin
22. N.38 Paginatan – Datuk Jemadi @ Junaidi Sahat
23. N.41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi
24. N.45 Sook – Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
25. N.46 Nabawan – Lajji Ompongoh
26. N.47 Telupid – Benedict Asmat
27. N.48 Sugut – Mohammad Arifin Pachuk
28. N.49 Labuk – Yusuf Latif
29. N.51 Sungai Manila – Zaini Tiksun
30. N.52 Sungai Sibuga – Datuk Suhaimi Nasir
31. N.53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Datuk Samsuddin
32. N.58 Lamag – Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin
33. N.59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin
34. N.60 Tungku – Saleha Wahid
35. N.62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
36. N.63 Kunak – Dato’ Sri Anil Jeet Singh
37. N.66 Bugaya – Abdul Manan Indanan
38. N.68 Balung – Erwan Palateh
39. N.69 Apas – Dr Elmiariezan Ardan
40. N.71 Tanjung Batu – Samasudin Yusop
41. N.73 Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang










