PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa orang ramai agar tidak mendedahkan identiti lima remaja yang didakwa berhubung kematian Zara Qairina Mahathir bagi mengelakkan stigma berterusan terhadap mereka. Suhakam dalam kenyataannya berkata, remaja terbabit berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] termasuk sokongan berasaskan trauma, khidmat guaman serta layanan adil sepanjang prosiding. Katanya, identiti mereka tidak boleh didedahkan sama ada secara langsung atau tidak…










