Guardiola bimbang lebih ramai pemain angkat kaki

Guardiola bimbang lebih ramai pemain angkat kaki

PEP GUARDIOLA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola mengakui saiz skuadnya ketika ini tidak sihat untuk moral pasukan dan menyatakan beberapa pemain akan meninggalkan kelab sebelum September.

City kini memiliki 30 pemain profesional senior dan sekurang-kurangnya enam dijangka akan keluar dalam beberapa minggu akan datang.

Guardiola, yang menyaksikan Erling Haaland menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Wolves semalam, bimbang kakitangan kejurulatihan akan menghadapi kesukaran untuk memastikan perpaduan pasukan tanpa beberapa pemain meninggalkan kelab.

“Kami mempunyai terlalu ramai pemain. Ini bukan tentang Eddy, hari ini (semalam) kami tidak ada Rodri, Phil (Foden), (Mateo) Kovacic, Savinho dan Josko (Gvardiol).

“Di bangku simpanan kami ada Nathan (Ake) dan (Ilkay) Gundogan. Saya suka skuad yang besar untuk bersaing dalam semua pertandingan tetapi saya tidak mahu meninggalkan pemain di rumah.

“Ia tidak sihat. Anda tidak boleh mewujudkan suasana atau semangat yang baik untuk bersaing. Kelab sudah tahu sejak musim lalu tetapi keadaannya begini,” katanya.

Ederson yang tidak diturunkan menentang Wolves kini menjadi sasaran Galatasaray manakala Tottenham pula memburu pemain sayap Brazil, Savinho walaupun City sedang mempertimbangkan pengganti bagi kedua-duanya.

Nottingham Forest berminat untuk mendapatkan Rico Lewis dan telah melengkapkan perpindahan bernilai 30 juta pound (RM 171 juta) bagi James McAtee.

Kalvin Phillips dan Claudio Echeverri akan berpindah sebelum jendela perpindahan ditutup namun kenyataan Guardiola menunjukkan bahawa bintang yang lebih berprofil tinggi juga mungkin mencari kelab baharu.

“Dalam dua minggu akan datang, orang akan berbincang dengan pemain dan ejen untuk mencari penyelesaian,” tambah Guardiola. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN