Fraser-Pryce sasar akhiri karier penuh gemilang di Tokyo

Fraser-Pryce sasar akhiri karier penuh gemilang di Tokyo

SHELLY-ANN FRASER-PRYCE - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Pelari pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce tekad mahu menamatkan kerjayanya dengan penuh gemilang pada Kejohanan Dunia di Tokyo, September ini.

Atlet berusia 38 tahun itu terlepas kedudukan podium dalam acara 100 meter (m) di Liga Berlian Brussels, Jumaat lalu yang dimenangi Melissa Jefferson-Wooden dari Amerika Syarikat (AS).

Fraser-Pryce merupakan wanita ketiga terpantas sepanjang zaman bagi acara 100m dengan masa 10.60s bergelut pada musim ini untuk berada di tahap terbaik namun dia tetap optimis untuk beraksi di kejohanan dunia itu.

Dia akan bersara selepas beraksi di Tokyo setelah menghabiskan 17 tahun yang luar biasa sebagai kuasa dominan dalam acara pecut wanita.

“Saya telah layak ke kejohanan dunia, jadi saya menantikan kejohanan itu, itulah matlamatnya.

“Saya menantikan untuk menamatkan bab ini dan menamatkan kerjaya ini dengan cara yang hebat. Dan saya pasti semuanya akan menjadi baik di Tokyo,” kata pelari yang memenangi tiga pingat emas Olimpik dan 10 gelaran dunia itu.

Dalam pada itu, Fraser-Pryce turut berkata, kehadiran Jefferson-Wooden yang dilihat sebagai pilihan utama pada kejohanan tersebut tidak menjejaskan tumpuannya.

“Fokus saya adalah untuk berlari perlumbaan saya sendiri dan tumpukan pada matlamat saya dan harap semua perlumbaan yang saya sertai sebelum ini akan membantu saya menyatukan perlumbaan itu dengan sempurna.

“Saya sudah tahu siapa diri saya. Saya tahu siapa saya dan apa yang saya perjuangkan. Saya sudah ada minda juara, jadi saya akan gunakan pengalaman-pengalaman itu untuk membantu saya melalui kejohanan ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN