City rebah di Etihad

City rebah di Etihad

Erling Haaland (tengah) bertindak balas selepas pasukan itu melepaskan gol kedua semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Tottenham Hotspur di Stadium Etihad, hari ini. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City dipalit kekalahan memalukan di laman sendiri apabila tunduk 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Barisan pertahanan The Citizens sekali lagi menjadi titik lemah selain prestasi hambar penjaga gol muda, James Trafford yang gagal menggalas tugas dengan baik.

Jaringan Brennan Johnson dan Joao Palhinha sebelum rehat separuh masa sudah cukup untuk memastikan Spurs pulang dengan tiga mata berharga.

Kesilapan Trafford yang cuba melorong bola di kawasan sendiri akhirnya dihukum Palhinha selepas cubaan awal Richarlison ditepis penjaga gol itu.

Erling Haaland pula gagal memanfaatkan dua peluang terbaik termasuk tandukan yang tersasar, menyebabkan City terus buntu hingga tamat perlawanan.

Situasi semakin merumitkan bos City, Pep Guardiola apabila Ederson dilaporkan hampir berhijrah ke Galatasaray sekali gus membuka ruang kepada City mendapatkan Gianluigi Donnarumma.

Kemenangan itu melonjakkan Tottenham ke tangga teratas liga sekali gus memberikan permulaan sempurna buat pengendali baharu mereka, Thomas Frank.

Sebaliknya, kekalahan tersebut menimbulkan persoalan besar mengenai kemampuan City untuk kembali merebut takhta selepas empat musim berturut-turut menguasai liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN