Cheong Min hadiah emas pertama negara di Sukan Dunia

Cheong Min hadiahkan emas pertama negara di Sukan Dunia

Tan Cheong Min (tengah) meraih pingat emas dalam acara Nanquan-Nandao bersama wakil Uzbekistan, Latisheva Darya (kiri) merangkul perak manakala atlet Singapura, Kassandra Ong ditempat ketiga pada temasya Sukan Dunia di Chengdu, China, hari ini. - IHSAN FB WFM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia di Sukan Dunia 2025 selepas menjuarai acara Nanquan-Nandao di Chengdu, China, hari ini.

Atlet berusia 27 tahun itu mengumpul 19.479 mata untuk mengetepikan cabaran wakil Uzbekistan, Latisheva Darya yang meraih perak (19.433 mata), manakala gangsa milik atlet Singapura, Kassandra Ong dengan 19.386 mata.

Kemenangan itu menandakan penampilan sulung Cheong Min di pentas Sukan Dunia, sekali gus membuka kutipan pingat emas negara dalam temasya kali ini.

Sydney Chin meraih pingat gangsa menerusi acara Taijiquan-Taijijian pada hari pembukaan temasya Sukan Dunia di Chengdu, China, semalam. – IHSAN WFM

Sementara itu, pada hari pembukaan semalam, Sydney Chin menyumbang pingat pertama negara apabila meraih gangsa dalam acara Taijiquan-Taijijian dengan mengumpul 19.410 mata.

Emas acara tersebut dimenangi atlet tuan rumah, Lu Zhuoling (19.522 mata), manakala perak milik atlet Singapura, Zeanne Law yang mencatat 19.430 mata.

Sukan Dunia mempertandingkan pelbagai acara dan disiplin yang tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik dengan edisi kali ini berlangsung di Chengdu sehingga 17 Ogos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN