Badi Kejohanan Dunia jadi duri dalam daging 'DinFei'

Badi Kejohanan Dunia jadi duri dalam daging ‘DinFei’

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sekali lagi gagal menamatkan badi di Kejohanan Badminton Dunia selepas tersingkir di pusingan ketiga di Paris awal pagi tadi.

Pilihan ketiga dunia itu tunduk 20-22, 21-15, 21-23 kepada gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam aksi getir di Arena Adidas.

Kekalahan itu menutup rekod cemerlang mereka sebelum ini apabila menewaskan lawan sama dalam tiga pertemuan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih memilukan, Sze Fei-Izzuddin sudah di ambang kemenangan selepas mendahului 20-17 di set penentuan dengan tiga mata perlawanan.

Namun, pasangan Taiwan bangkit luar biasa dengan meraih enam daripada tujuh mata terakhir untuk merampas kemenangan.

Ianya sekali gus menyaksikan Sze Fei-Izzuddin tersingkir di pusingan 16 terbaik buat kali ketiga berturut-turut sejak 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini