Azizulhasni raih gangsa

Azizulhasni raih gangsa

AZIZULHASNI Awang meraih gangsa dalam acara pecut elit Kejohanan Trek Piala Asia di Velodrom Suphanburi, Thailand, -IG AZIZULHASNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih gangsa dalam acara pecut elit Kejohanan Trek Piala Asia di Velodrom Suphanburi, Thailand, hari ini.

Pelumba berusia 37 tahun itu menewaskan wakil Korea Selatan, Jung Hojin 2-0 pada penentuan tempat ketiga selepas tumpas 1-2 kepada Jai Angsuthasawit dari Thailand di peringkat separuh akhir.

Pingat emas dimenangi pelumba Taiwan, Kang Shi Feng selepas menundukkan Angsuthasawit 2-0.

Bagi saingan pecut elit wanita pula menyaksikan wakil negara, Nur Alyssa Mohd Farid terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Pingat emas dan gangsa masing-masing dimenangi oleh Molly McGill dan Sophie Watts dari Australia manakala Cho Sun Young dari Korea Selatan meraih perak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN