Arif-Roy King garang buka tirai Kejohanan Badminton Dunia

Arif-Roy King garang buka tirai Kejohanan Badminton Dunia

Arif Junaidi-Yap Roy King menewaskan pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-5, 21-13 pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mempamerkan taringnya apabila mudah melibas wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Paris sebentar tadi.

Beraksi di Adidas Arena, pasangan ranking ke-22 dunia itu hanya memerlukan 27 minit untuk menamatkan saingan dengan kemenangan bergaya 21-5, 21-13.

Aksi mantap itu sekali gus menandakan penampilan sulung mereka di pentas Kejohanan Dunia dengan penuh bergaya.

Lebih manis, Arif-Roy King tampil dengan keyakinan tinggi selepas menjulang gelaran Terbuka Macau awal bulan ini.

Namun laluan mereka tidak semudah itu apabila bakal berdepan pilihan ke-12 dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh pada pusingan kedua, Rabu ini.

Pertemuan itu juga menjadi pertembungan pertama antara kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN