Anwar harap Malaysia raih pingat emas di Olimpik 2028

Anwar harap Malaysia raih pingat emas di Olimpik 2028

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan Malaysia mampu mengakhiri kemarau pingat emas Sukan Olimpik pada edisi 2028 di Los Angeles.

Berucap pada majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil, Anwar berkata, kerajaan sentiasa menyokong pembangunan sukan menerusi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta MOM yang dipimpin oleh Tan Sri Norza Zakaria.

“Saya rasa kerajaan, menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sangat proaktif dan menyokong sepenuhnya. Anda ada seorang menteri yang bagus, yang sering ‘mengganggu’ saya untuk meminta lebih banyak peruntukan dan dana.

“Di bawah pimpinan Hannah dan kini dengan Norza, kita harap sekurang-kurangnya satu pingat emas di Olimpik akan menjadi kenyataan. Kalau tidak, mereka akan menghadapi masalah,” katanya berseloroh.

Ibu pejabat MOM yang direka dan dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) akan dibina di atas tanah seluas 5.38 ekar dengan keluasan lantai kasar 140,973 kaki persegi.

Kemudahan yang dibina khusus ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk auditorium, pusat sumber, gimnasium, muzium, galeri, kafe, surau dan banyak lagi.

Sebagai rekod, pelbagai sokongan dan bantuan disalurkan termasuk peruntukan sebanyak RM13.283 juta melalui program Road to Gold (RTG) sejak 2023, kontinjen Malaysia pulang dari Sukan Olimpik Paris 2024 tanpa sebarang pingat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN