CINCINNATI: Pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz mara ke final Terbuka Cincinnati selepas melakar kemenangan 6-4, 6-3 ke atas Alexander Zverev dalam aksi separuh akhir kejohanan.
Alcaraz akan beraksi dalam perebutan trofi menentang bintang No. 1 dunia, Jannik Sinner buat kali keempat musim ini dengan pemain Itali itu memenangi pertemuan terakhir mereka bulan lalu di Wimbledon.
Zverev, yang menghidap diabetes mengambil masa rehat perubatan pada set kedua akibat kepanasan tetapi kembali meneruskan perlawanan sebelum Alcaraz menamatkan aksi dengan memenangi 12 mata terakhir. – AFP