KUALA LUMPUR: Sebanyak 563 syarikat sedang disiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana disyaki terbabit dalam kartel perdagangan dengan tumpuan diberikan kepada kegiatan tipuan bida dalam perolehan awam yang mencecah RM2.66 bilion. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, siasatan itu membuktikan usaha membanteras kartel kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan pasaran lebih telus dan adil. “Sejak 2012 sehingga kini, MyCC telah mengenakan penalti kewangan…