10,049 calon boleh semak keputusan SPMU bermula esok

10,049 calon boleh semak keputusan SPMU bermula esok

Kementerian Pendidikan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan pada 21 Ogos ini (Khamis) melibatkan seramai 10,049 calon di 186 pusat peperiksaan seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, semakan keputusan boleh dibuat bermula 21 hingga 27 Ogos dari pukul 10 pagi hingga 6 petang melalui dua kaedah yang disediakan.

“Calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my atau menggunakan perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888,” kata kenyataan itu.

KPM turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua calon atas usaha serta pencapaian masing-masing dalam peperiksaan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN