Wei Chong-Kai Wun iringi dua beregu ke pusingan kedua

Wei Chong-Kai Wun iringi dua beregu profesional ke pusingan kedua

MAN Wei Chong-Tee Kai Wun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 7 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah slot ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan rakan seperjuangan, Arif Junaidi-Yap Roy King di pusingan awal pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China, hari ini.

Wei Chong-Kai Wun membenam Arif-Roy King dengan kemenangan straight set 21-17, 21-19 dalam masa 34 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.

Pada pusingan kedua, esok, pasangan No. 3 Malaysia itu sekali lagi dijadual bertemu rakan senegara dan kali ini gandingan profesional, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong menjadi lawan mereka.

Nur Mohd Azriyn-Wee Kiong yang berada di tangga ke-25 dunia mengalahkan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dari Taiwan 21-16, 18-21, 21-14 dalam masa 52 minit pada peringkat 32 terbaik.

Turut mara ke pusingan kedua, satu lagi pasangan profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang menumpaskan beregu pecah ganding tuan rumah, Ren Xiang Yu-Sun Wen Jun 21-17, 21-14 dalam masa 35 minit.

Gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh menjadi pencabar yang perlu diatasi Yew Sin-Ee Yi di peringkat 16 terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN