Suspek bunuh Suri Narudin didakwa esok

Suspek bunuh Suri Narudin didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes bunuh Suri Narudin dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Tampin di Negeri Sembilan, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes dirujuk kepada pihak pendakwaan.

“Pejabat Pendakwa Raya Negeri sudah meneliti kertas siasatan dan bersetuju untuk mendakwa suspek utama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyebabkan kematian mangsa.

“Seorang lagi individu, yang juga ditahan sebelum ini, akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, dilaporkan mayat ditemukan di dalam beg ditanam berhampiran sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, pada 18 Disember lalu disahkan sebagai Suri Narudin.

Pengecaman disahkan melalui analisis cap jari yang sepadan dengan rekod yang disimpan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata polis juga menerima keputusan analisis asid deksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang rapat dengan sampel yang dianalisis.

Susulan penemuan mayat pada 18 Disember itu, dua lelaki ditahan di Melaka dan Genting Sempah dalam tempoh 24 jam, dengan salah seorang daripada mereka dipercayai suspek utama yang dikenali mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×