Usuf Jan pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur

Usuf Jan pangku jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur

MOHAMED Usuf (kanan) kini memangku tugas Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Rusdi (kiri) yang dilantik sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur akan dipangku Timbalan Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak 25 Jun lalu.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad.

Hamzah dalam ucapannya berkata, majlis penyerahan berkenaan bukan sekadar simbolik atau urusan pentadbiran semata-mata, tetapi mencerminkan kepercayaan, tanggungjawab dan tekad untuk terus menjunjung amanah demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Mohamed Usuf yang akan memangku jawatan itu sehingga pelantikan Ketua Polis Kuala baharu kelak.

“Saya yakin bahawa dengan pengalaman luas, kredibiliti dan kepimpinan beliau, kontinjen ini akan terus mencipta kejayaan, mengekalkan kestabilan serta kekal disegani oleh masyarakat,” katanya.

Rusdi dalam ucapannya pula merakamkan penghargaan terhadap warga IPK Kuala Lumpur yang komited menjayakan semua inisiatif yang dirancang sepanjang lebih setahun beliau menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN