Undian Piala Dunia 2026 diadakan di Las Vegas

Undian Piala Dunia 2026 diadakan di Las Vegas

LAS Vegas menjadi lokasi undian Piala Dunia 2026 pada 5 Disember ini menurut laporan media antarabangsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Las Vegas akan menjadi tuan rumah bagi majlis undian Piala Dunia 2026 pada 5 Disember ini, menurut beberapa laporan media antarabangsa.

ESPN dan TUDN Mexico melaporkan bahawa Vegas dipilih sebagai lokasi undian untuk kejohanan yang diperbesarkan kepada 48 pasukan yang akan dianjurkan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Secara keseluruhan, 12 kumpulan yang terdiri daripada empat negara setiap satu akan diundi.

Ketika negara Uncle Sam itu menjadi tuan rumah Piala Dunia 1994, majlis undian juga diadakan di Las Vegas.

Laporan asal ESPN menyatakan bahawa The Sphere, sebuah venue mempunyai kapasiti 17,500 tempat duduk yang dibuka pada 2023 dilihat sebagai pilihan utama untuk lokasi undian.

Namun, sumber daripada Sphere mengesahkan kepada AFP bahawa undian Piala Dunia tidak akan berlangsung di situ. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN