PUTRAJAYA: “Tiada nama Tan Sri Ahmad Terriruddin Mohd. Salleh sebagai calon Ketua Hakim Negara.” Demikian dedah salah seorang ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, di sini semalam. Beliau menjelaskan, Anwar menyebut nama Terri (Terriruddin) tiada dalam senarai untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisi kekosongan jawatan dalam institusi kehakiman. Penjelasan itu dikatakan diterima…











