Tiada jaminan tempat secara automatik- Manshahar

Mohd. Manshahar Abdul Jalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil menegaskan tiada jaminan tempat secara automatik akan diberikan kepada mana-mana atlet untuk ke Sukan SEA 2025 di Thailand, hujung tahun ini.

Manshahar yang kembali diberikan mandat mengetuai barisan kejurulatihan Olahraga Malaysia (MA) berkata, aspek pemilihan atlet ke temasya dwitahunan itu bergantung kepada prestasi semasa.

“Terbuka Malaysia di Perlis bulan depan akan menjadi medan penentu terakhir. Hanya atlet yang benar-benar cemerlang dan menunjukkan peningkatan akan diberi peluang,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Sementara itu, menyedari persiapan yang amat terbatas, beliau menegaskan tumpuan segera adalah untuk merangka pelan strategik jangka pendek bersama pasukan kejurulatihan dan barisan atlet.

“Saya perlu segera berjumpa dengan jurulatih serta atlet bagi mendapatkan gambaran sebenar tahap persiapan mereka. Tempoh masa yang ada memang suntuk, jadi kami perlu bekerja secara bijak dan efisien,” katanya.

Jelasnya, perancangan teliti perlu dilakukan bagi memastikan kontinjen olahraga negara mampu memberi saingan kepada kuasa tradisi seperti Thailand dan Vietnam yang menunjukkan peningkatan konsisten sejak beberapa edisi lalu.

Tambah Manshahar, meskipun baharu sahaja kembali ke pangkuan Olahraga Malaysia(MA), beliau tidak mahu masa terbuang begitu sahaja, sebaliknya sudah bersedia menggempur segala kelemahan yang ada.

“Saya dan enam jurulatih lain akan merangka pelan yang lebih realistik dan berfokus. Sasaran utama adalah memastikan prestasi atlet berada pada tahap terbaik menjelang temasya itu,” ujarnya.

Untuk rekod, Manshahar bukanlah watak asing dalam dunia olahraga negara apabila pernah menerajui skuad kebangsaan selama lebih tiga tahun sebelum kontraknya ditamatkan pada penghujung 2022.

Oleh AMINNUDIN LOKMAN HAKIM
[email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN