Tiada istilah pelumba pertama atau kedua - bos Aprilia

Tiada istilah pelumba pertama atau kedua – bos Aprilia

MASSIMO RIVOLA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO: Juara bertahan MotoGP, Jorge Martin akan membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan bersama Aprilia hujung minggu ini di Brno namun dia akan memasuki garaj yang kini telah menjadi zon selesa buat rakan sepasukannya.

Marco Bezzecchi menunjukkan prestasi cemerlang semasa ketiadaan Martin terutamanya dengan kemenangan di Grand Prix (GP) British baru-baru ini malah dia menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Assen sebelum terjatuh daripada kedudukan kedua hujung minggu lalu di Sachsenring.

Bekas pelumba VR46 itu juga telah memikul tanggungjawab untuk membangunkan jentera Aprilia tanpa bantuan daripada Martin.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola telah ditanya sama ada hubungan atau hierarki dalam pasukan akan berubah apabila Martin kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan.

“Marco sememangnya satu rujukan. Tiada istilah pelumba pertama atau kedua. Yang bercakap ialah masa pusingan dan kedudukan dalam kejuaraan. Jadi saya tidak suka berbicara tentang pelumba nombor satu atau dua.

“Jelas sekali Jorge akan menghadapi kesukaran pada awalnya kerana dia kekurangan pengalaman, saya harap dia dapat menyamai Marco secepat mungkin kerana apabila itu berlaku, mereka akan saling tolak-menolak ke depan.

“Setakat ini Marco bersendirian, (pelumba ujian) Lorenzo Savadori telah melakukan kerja yang hebat tetapi saya tidak sabar menantikan mereka berdua berada dekat dengan kami kerana kami terus membangunkan jentera ini tanpa henti,” katanya.

Rivola percaya Martin memerlukan sekurang-kurangnya tiga perlumbaan untuk kembali ke prestasi sebenar sebelum mampu bersaing di hadapan semula.

“Apabila kita ada dua pelumba yang menekan di depan, saya fikir prestasi kami akan bertambah baik malah lebih baik lagi untuk Marco, jika boleh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN