KEPALA BATAS: Selepas 15 tahun menyewa, impian Tahir Suhid, 55, untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan apabila rumah yang dibina menerusi Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) kini sedia untuk didiami. Tahir berkata, dia bersyukur kerana pembinaan rumah tiga bilik yang menelan belanja RM80,000 itu dapat membantu memastikan kehidupan mereka tujuh beranak lebih selesa selepas ini. “Sebelum ini, kami duduk menyewa dengan bayaran RM260 sebulan dan…










