Teknologi garisan Wimbledon buat 'hal' lagi

Teknologi garisan Wimbledon buat ‘hal’ lagi ketika Fritz mara ke separuh akhir

TAYLOR Fritz memainkan pukulan kilas kepada pemain, Rusia Karen Khachanov semasa perlawanan tenis suku akhir perseorangan lelaki mereka pada Kejohanan Tenis Wimbledon 2025 di The All England Lawn Tennis and Croquet Club, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sistem teknologi garisan Wimbledon kembali mencetus kontroversi apabila berlaku kesilapan ketara dalam aksi suku akhir membabitkan Taylor Fritz dan Karen Khachanov, awal pagi tadi.

Insiden berlaku pada set keempat apabila pukulan Fritz jelas mendarat dalam, tetapi sistem mengeluarkan panggilan ‘fault’, sekali gus memaksa pengadil menghentikan mata dan mengulang servis.

Penganjur menjelaskan, sistem gagal mengenal pasti permulaan mata kerana bola servis pertama masih belum dikeluarkan oleh penjaga bola semasa Fritz bersedia melakukan servis kedua.

“Sistem tidak mengesan permulaan mata kerana pergerakan penjaga bola yang masih melintasi gelanggang,” menurut kenyataan Kelab All England.

Fritz tetap mempertahankan penggunaan sistem automatik sepenuhnya itu bahawa ianya lebih baik berbanding pengadil.

“Saya rasa sistem ini tetap lebih baik daripada bergantung kepada pengadil untuk panggilan garisan.

“Saya suka bila tak perlu fikir nak cabar keputusan atau bergaduh tentang panggilan. Bola diputuskan secara automatik dan kita teruskan saja,” kata Fritz yang menang 6-3, 6-4, 1-6, 7-6 (7/4).

Sebaliknya, Khachanov nyata kurang senang dengan kelemahan sistem dan menyifatkan bahawa sekiranya membuat kesilapan merencatkan momentum permainan.

“Kita dah tengok beberapa kesilapan. Bila mesin buat silap masa mata sedang berlangsung, memang menakutkan,” kata Khachanov.

Fritz seterusnya akan berdepan laluan getir menentang juara bertahan, Carlos Alcaraz pada aksi separuh akhir pada Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN