Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua dalam Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou, Jiangsu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua selepas mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou, Jiangsu, hari ini.

Pasangan No. 3 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas Smith-Jennie yang menghuni ranking ke-29 dunia 22-20, 21-12 dalam masa 35 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.

Namun begitu, harapan untuk menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara Tang Jie-Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tidak kesampaian apabila mereka tumpas di pusingan awal.

Pada peringkat 16 terbaik, esok, Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan beregu tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying.

Gandingan China yang menghuni ranking ke-40 dunia itu mengejutkan Pang Ron-Su Yin yang berada di ranking No. 13 dunia 21-15, 21-16 pada pusingan pertama.

Tang Jie-Ee Wei belum pernah bertemu Jia Xuan-Meng Ying dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien melepasi halangan Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani dari India 25-27, 21-16, 21-14 dalam masa 1 jam 4 minit.

Laluan getir menanti Tien Ci-Chiew Sien pada pusingan kedua apabila bakal berdepan beregu No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN