Sze Fei-Izzuddin gagal pertahan gelaran di Jepun

Sze Fei-Izzuddin gagal pertahan gelaran di Jepun

SZE Fei-Izzudin bukan sahaja gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi, malah, ranking No. 1 dunia yang menjadi milik mereka selama lapan minggu turut dirampas oleh Won Ho-Seung Jae sebaik kemas kini dibuat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No. 1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani gagal mempertahankan gelaran yang mereka menangi tahun lalu, selepas tumpas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan pada perlawanan akhir Terbuka Jepun di Tokyo, Jepun, hari ini.

Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur dengan kekalahan straight set 16-21, 17-21 dalam masa 38 minit kepada beregu No. 3 dunia itu di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Gandingan No. 1 Malaysia itu bukan sahaja gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi, malah, ranking No. 1 dunia yang menjadi milik mereka selama lapan minggu turut dirampas oleh Won Ho-Seung Jae sebaik kemas kini dibuat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Selasa ini.

Kekalahan tersebut turut menyaksikan Sze Fei-Izzuddin kini ketinggalan 1-2 di belakang Won Ho-Seung Jae menerusi rekod pertemuan kedua-dua beregu berkenaan.

Sze Fei-Izzuddin pernah menundukkan Won Ho-Seung Jae 21-15, 13-21, 21-16 pada perlawanan akhir Terbuka India, Januari lepas.

Namun begitu, Won Ho-Seung Jae berjaya membalas dendam ke atas mereka di peringkat 16 terbaik menerusi kemenangan 21-16, 21-13 pada All England, Mac lalu.

Gandingan Malaysia itu berpeluang menebus kembali kehampaan di Jepun pada Terbuka China yang akan bermula Selasa ini.

Sze Fei-Izzuddin juga merupakan juara bertahan pada kejohanan Super 1,000 itu dan jika enggan melihat sekali lagi gelaran dirampas, maka, mereka wajar berbuat sesuatu bagi mengelak kekecewaan buat kali kedua berulang, minggu depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN