Sultan Selangor seru rakyat fahami ketelitian dalam berfatwa

Sultan Selangor seru rakyat fahami ketelitian dalam berfatwa

SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menunaikan solat Jumaat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru umat Islam dan seluruh rakyat di negeri ini menghayati intipati khutbah Jumaat bertajuk ketelitian dalam berfatwa yang disampaikan di masjid-masjid seluruh Selangor hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda menzahirkan sokongan terhadap mesej utama khutbah tersebut yang menekankan bahawa sebarang fatwa yang dikeluarkan bukanlah bersandarkan kepada pandangan individu semata-mata, sebaliknya merupakan keputusan kolektif Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Menurut baginda, penggubalan fatwa di negeri ini dilaksanakan dengan menepati konsep syura seperti yang dianjurkan oleh al-Quran dan sunah melalui proses yang teratur dan teliti.

“Di Selangor, sesuatu fatwa boleh dibuat sama ada melalui permohonan individu atau dengan kehendak Ahli Jawatankuasa Fatwa itu sendiri ataupun atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini. 

“Ia bertujuan memberi penjelasan serta panduan hukum syarak berkenaan sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat,” titah baginda.

Sebelum sesuatu fatwa diputuskan, Sultan Sharafuddin bertitah, kajian dan penyelidikan secara menyeluruh akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN