Kebebasan bersuara perlu berhemah, tiada fitnah pecah belah rakyat

Kebebasan bersuara perlu berhemah, tiada fitnah pecah belah rakyat

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS sHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kebebasan bersuara perlu secara berhemah dan bukannya wadah menyebarkan fitnah yang boleh memecah belah rakyat atau menjatuhkan maruah orang lain.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, semua pihak perlu merenung erti sebenar kemerdekaan yang diperjuangkan dengan keringat dan air mata bagi membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Titah baginda, kemerdekaan bukan sekadar simbolik merayakan sambutan hari merdeka, namun amanah besar yang perlu dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab, perpaduan dan semangat jati diri kental.

“Walaupun kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, ia mesti digunakan penuh berhemah dengan batas dan had diperuntukkan undang-undang,” titah baginda sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menekankan bahawa semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum, agama serta budaya perlu sentiasa dipelihara.

“Rakyat perlu menanam jati diri pada negara dan menghormati pemerintah yang dipilih melalui proses demokrasi. Ia demi menjamin kestabilan dan kesejahteraan negara,” titah baginda.

Justeru, baginda menyeru rakyat supaya sentiasa memupuk semangat persaudaraan dan muafakat tanpa mengira perbezaan.

“Sentiasa menghargai nikmat keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi kini dan menghayati nilai kesetiaan, hormat-menghormati dan tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat.

“Ambil peluang kemerdekaan ini untuk memperkukuh pembangunan diri, keluarga dan negara. Kembali semula kepada prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut memanjatkan doa supaya Selangor dan Malaysia terus kekal aman, makmur serta dirahmati Allah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN