RUU Kredit Pengguna diluluskan

RUU Kredit Pengguna diluluskan

SIDANG Dewan Rakyat di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-undang Kredit Pengguna 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Kelulusan itu sekali gus dapat memberi perlindungan kepada kepentingan pengguna dalam urusan pinjaman kredit.

RUU yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Yin bertujuan mewujudkan satu rangka kawal selia yang menyeluruh terhadap aktiviti pemberian kredit oleh entiti bukan institusi kewangan, termasuk peminjam wang berlesen dan penyedia kredit alternatif.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN