PAT Bersatu: Suasana kecoh ketika Presiden berucap

PAT Bersatu: Suasana kecoh ketika Presiden berucap

Bersatu kecoh
SUASANA kecoh dicetuskan oleh beberapa individu ketika Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar pada PAT Bersatu Kelapan 2025, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suasana Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelapan 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini kecoh apabila berlaku insiden provokasi oleh beberapa individu.

Insiden kira-kira pukul 10.20 malam itu berlaku ketika Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan dasar merasmikan himpunan berkenaan.

Provokasi itu berlaku ketika Muhyiddin berucap memaklumkan mengenai individu cuba kutip tanda tangan bagi menjatuhkan Presiden.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa individu kemudian melaungkan jeritan ‘tidak benar’ dan ‘turun Tan Sri’ sehingga menyebabkan dewan bertukar kecoh.

Muhyiddin bagaimanapun dengan tenang meneruskan ucapan dan keadaan kembali terkawal tidak lama kemudian.

Maklumat lanjut akan diberikan menerusi sidang akhbar dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini