Ronaldo dinobat Pemain Pilihan peminat Liga Pro Saudi

Ronaldo dinobat Pemain Pilihan peminat Liga Pro Saudi

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo terus menambah koleksi gemilang dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pemain Pilihan Peminat Liga Pro Saudi musim 2024/25, hasil undian peminat yang mengiktiraf kecemerlangannya sepanjang musim.

Penyerang sensasi Al-Nassr itu, bukan sekadar mencuri tumpuan dengan jaringan dan aksi bertenaga, malah turut mengumpul 15 anugerah Pemain Terbaik Perlawanan iaitu paling banyak berbanding mana-mana pemain dalam liga berkenaan musim ini.

Pada usia 39 tahun, bintang Portugal itu masih membuktikan bahawa dia kekal antara penyerang paling digeruni di Liga Pro Saudi, membantu Al-Nassr kekal sebagai pencabar utama dalam perebutan kejuaraan.

Sejak ketibaannya ke Arab Saudi pada awal 2023, Ronaldo bukan sahaja menjadi ikon Al-Nassr, tetapi turut memainkan peranan besar dalam melonjakkan populariti Liga Pro Saudi ke peringkat global.

Kehadirannya juga membuka jalan buat lebih ramai pemain ternama dari Eropah untuk menyertai kelab-kelab Arab Saudi, menjadikan liga itu kini antara destinasi baharu paling menarik dalam bola sepak dunia.

Ronaldo sekali lagi membuktikan bahawa kehebatannya bukan hanya diukur melalui statistik, tetapi juga melalui pengaruh dan kekal menjadi figura yang dicintai peminat bola sepak seluruh dunia.— AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN