Remaja 15 tahun maut motosikal langgar lori

Remaja 15 tahun maut motosikal langgar lori

REMAJA maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah lori di Kilometer 166.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang remajat maut selepas motosikal ditunggangi melanggar sebuah lori di Kilometer 166.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut pada kira-kira pukul 1.25 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila remaja terbabit berusia 15 tahun terlanggar lori sedang bergerak di laluannya.

“Akibat kemalangan, penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada. Remaja terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan  meminta pemandu serta pemilik lori terlibat tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Faszrulhaq Zulkapli 012-2306943 bagi melengkapkan siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN