Remaja berusia 15 tahun ditemukan maut

Remaja berusia 15 tahun ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan meninggal dunia berhampiran sebuah surau di Taman Keramat, Ampang, malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 9.11 malam sebelum mengesahkan penemuan mangsa. 

“Polis menerima panggilan daripada orang awam melaporkan penemuan seorang lelaki menggantung diri di dahan pokok berhampiran sebuah surau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, remaja berkenaan dilaporkan tidak lagi bersekolah dan tidak bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN