Qurratu’Ain juara boling remaja Asia

Qurratu’Ain juara boling remaja Asia

Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi (tengah) bersama pemain China, Li Yiru (kiri) serta atlet Taiwan, Ho Yi Qing selepas perlawanan akhir individu wanita Kejohanan Boling Remaja Asia di Doha, Qatar, hari ini. - IHSAN MTBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling remaja negara, Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi mencetus sensasi di Doha, Qatar apabila menewaskan pilihan utama China, Li Yiru dengan kelebihan satu pin untuk merangkul pingat emas individu wanita Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 hari ini.

Qurratu’Ain, 17, yang mempamerkan ketenangan luar biasa sepanjang enam permainan, mengumpul 1,239 jatuhan pin untuk mengatasi Li yang hanya ketinggalan satu pin dengan 1,238.

Kemenangan dramatik itu sekaligus menghadiahkan emas sulung buat kontinjen negara dalam kejohanan kali ini, sekali gus membuktikan Malaysia masih bertaring di pentas Asia.

Seorang lagi wakil negara, Adelia Nur Syazalee turut hampir meraih podium selepas menamatkan saingan di tempat keempat dengan 1,197 pin.

Rakan sepasukan mereka, Balqis Nurdhini Khairul turut menyerlah apabila berada di tangga kelima dengan kutipan 1,190 pin, menandakan kebangkitan semula skuad pelapis negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN