PERMATANG PAUH: Semua wang yang dikumpul secara haram akan dituntut semula dan dipulangkan kepada rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun wujud sentimen dan suara-suara lantang yang bertekad mahu menjatuhkan dirinya, namun kuasa dimilikinya hari ini hanya digunakan untuk melindungi kepentingan rakyat. “Tengok ada orang kaya yang mengumpul harta semua billion-billion, ada (seorang anak kepada bekas pemimpin) yang isytihar kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hartanya melebihi RM1…