LONDON: Bekas pemandu Formula Satu (F1), Jolyon Palmer menyuarakan pendapatnya bahawa Oscar Piastri tidak sepatutnya dikenakan hukuman yang begitu berat di Grand Prix (GP) Britain.
Piastri dikenakan penalti masa 10 saat ketika mendahului perlumbaan di Silverstone kerana membrek jenteranya di belakang kereta keselamatan sehingga memaksa Max Verstappen mengelaknya.
Pemandu McLaren itu terpaksa menyaksikan rakan sepasukan dan pencabar kejuaraannya, Lando Norris memenangi GP tersebut.
Piastri jelas kelihatan kecewa selepas perlumbaan, namun kini dia mendapat sokongan.
“Saya tidak fikir dia melakukan sesuatu yang benar-benar salah. Dia memang memperlahankan kelompok kereta semasa permulaan semula di bawah kereta keselamatan.
“Dia menggunakan tekanan brek yang munasabah untuk memperlahankan keretanya. Saya tak nampak ia sebagai sesuatu yang besar.
“Dia memang memperlahankan kelompok kereta semasa permulaan semula di belakang kereta keselamatan. Dia menggunakan tekanan brek yang munasabah untuk memperlahankan keretanya. Saya tak nampak ia sebagai sesuatu yang besar,” kata Palmer. – AGENSI