Pembukaan Wimbledon terpanas dalam sejarah

Pembukaan Wimbledon terpanas dalam sejarah

ARYNA Sabalenka ketika berjalan dengan pek ais di atas kepalanya untuk menyejukkan badan semasa sesi latihan semasa Kejohanan Wimbledon 2025 di The All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon pada Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kejohanan Tenis Wimbledon membuka tirai dengan rekod suhu tertinggi pernah dicatatkan pada hari pembukaan apabila suhu di Kelab All England mencecah 32 darjah Celsius, awal pagi tadi.

Menurut Met Office, catatan itu menjadikan 1 Julai 2025 sebagai permulaan paling panas dalam sejarah kejohanan, melepasi rekod lama 29.3 darjah Celsius yang dicatat pada 25 Jun 2001.

“Satu kali kami berpeluh, kami berpeluhlah, kami dah biasa,” kata Cathy Butcher, 73, yang hadir bersama anaknya Helen yang sedang hamil.

“Kami harap ada angin sejuk dan dapat tengok tenis yang menarik,” kata Helen, 31, sambil mengesahkan mereka bersedia walaupun berdepan kekangan fizikal.

Sebahagian besar peminat hadir dengan topi, cermin mata hitam, krim pelindung matahari dan kipas mini sambil bergurau mereka juga membawa harapan yang tinggi.

“Wimbledon bila panas memang berpeluh, tapi kali ini kami bawa wain rose dalam penyejuk, supaya lebih bersedia,” kata Sean Tipper, 31, yang datang bersama keluarga.

Pihak penganjur melaksanakan protokol kesihatan termasuk rehat 10 minit untuk pemain jika indeks tekanan haba melebihi 30.1 darjah dan turut menyediakan skaf penyejuk untuk ball-boy dan ball-girl.

Namun, ada yang tidak tahan bahang terik itu seperti Linden Barnett yang terpaksa keluar masuk gelanggang ketika menonton aksi Carlos Alcaraz menentang Fabio Fognini kerana tidak tahan duduk terlalu lama dalam panas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN